Bisnes De'Xandra untuk Daily Cash?

Assalamualaikum

Jika anda baca personal blog saya (www.ayurashid.com), anda mungkin dah 'kenal' siapa saya dan sikit sebanyak kisah saya sekeluarga. Saya dulu kerja apa, tinggal di mana, bisnes apa dan tawarkan servis apa yang kini saya jalankan sepenuhnya dari rumah melalui ONLINE sahaja.

Yer, I am proudly working at home mother (WAHM). Saya dan suami dikurniakan 2 orang cahaya mata, dan tahun ini adalah tahun ke-6 saya tidak lagi bekerja makan gaji. Saya bekerja sendiri dari rumah dan sejak beberapa bulan lepas saya mula menjadi Agent De'Xandra Perfume.

Saya tertarik hati untuk jadi Agent De'Xandra Perfume kerana saya nampak peluang untuk jana daily cash dengan platform online. Saya nampak potensi yang besar dalam bisnes perfume De'Xandra yang baru saja menjadi fenomena yang sangat luarbiasa.

Yer... saya nampak LUBUK DUIT cash setiap hari yang boleh mengalir masuk. 

Source: Google Image

Ada juga hari yang sales masuk berdesup-desup melalui jualan borong, jualan agent dropship dan juga personal sales saya yang mana customer beli untuk guna sendiri saja.

Setiap hari, saya ada target jualan saya. Yang saya akan buat setiap 1hb iaitu target untuk sebulan (daripada segi volume jualan dan untung runcit yang akan saya perolehi). 

Bisnes De'Xandra ni memang 'mudah' untuk dapat daily cash antara RM belas-belas hinggalah ratus-ratus walaupun dengan gunakan platform online saja. Kalau rajin boleh gunakan platform offline, lagi senang menjual sebab orang boleh hidu bau dan test dulu. Mana-mana cara pun, boleh. Terpulang pada individu bagaimana nak corakkan bisnesnya. 

Alhamdulillah, dengan hasil bisnes De'Xandra Perfume saya dapat selesaikan hutang kredit kad Maybank saya yang saya dah 'peram' bertahun-tahun lamanya kerana saya cuma bayar pada kadar minimum payment sahaja setiap bulan selama beberapa tahun ini.

... saya akan sambung lagi entry ini, bagaimana saya setelkan hutang credit card ni melalui hasil bisnes De'Xandra Perfume. T U N G G U!
Bisnes De'Xandra untuk Daily Cash? Bisnes De'Xandra untuk Daily Cash? Reviewed by Rahayu on February 29, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.