Cabaran dan Peluang 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Sejak dari tahun 2016 lagi, ramai yang meramalkan bahawa tahun 2017 keadaan ekonomi makin teruk. Kejatuhan mata wang RM, inflasi, kenaikan harga barang dan ramai yang akan kehilangan pekerjaan.

In fact, dalam tahun 2016 lagi keadaan di atas dah pun berlaku. Suka ke tak, kita dah laluinya pun. Bahkan, situasi ni pasti berterusan pada tahun 2017 ni.

Contoh paling mudah cukup la kita kira berapa kali harga minyak petrol/diesel naik. Yang paling saya ingat ialah pada 1/11/2016, then kita dihadiahkan dengan hadiah tahun baru 2017 bila pada 1/1/2017 harga minyak petrol/diesel naik lagi sekali. Hanya dalam tempoh 2 bulan ajer!

Bila harga minyak diesel/petrol naik, haaaa... apa lagi, harga barang lain pun turut sama la naik. Memang terasa sangat kan, bahawa harga barang makin mahal.

Itulah yang dinamakan CABARAN!

Namun, orang yang bijak, akan ambil peluang daripada setiap cabaran yang datang! Contoh jika kita sebagai surirumah, pasti akan turut rasa terkesan dengan kenaikan harga barang. Lebih-lebih lagi jika kita tinggal di bandar. Pendapatan isi rumah jika hanya suami yang bekerja mungkin tak cukup, cukup, cukup-cukup makan atau berlebih-lebih.

Ia bergantung pada pendapatan seseorang itu. Jika cukup atau lebih dari cukup, alhamdulillah. Tapi, bagaimana jika kita antara yang berada dalam golongan yang sebaliknya?


Peluang jana pendapatan boleh dicari, dicipta dan dibuat!

Zaman sekarang ni, macam-macam PELUANG bisnes tanpa modal dan modal minimum boleh kita pilih dan buat. Tinggal kita jer, nak tengok saja dan hidup dalam zon tak berapa selesa, atau rebut peluang yang ada untuk kita ubah kehidupan kita dan keluarga.


Cabaran dan Peluang 2017 sentiasa berjalan seiring. Pandai-pandailah kita nak hidup dengan cara yang macam mana.

Nak mengadap internet untuk habiskan masa atau untuk carik duit?
Fikir-fikirkan... 
Cabaran dan Peluang 2017 Cabaran dan Peluang 2017 Reviewed by Rahayu on January 12, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.