Penawar Jiwa Kosong

Dalam hidup kita ni, tinggi macam mana pun azam, impian dan motivasi, ada satu masa kita akan rasa ada yang tak kena dalam apa yang kita buat. Up and down dalam kehidupan pun kita akan rasa, tak kisahlah kita ber-title apa sekali pun. Setiap hari jugak kita akan lalui hari dan keadaan yang  berbeza-beza. Semua tu ujian. Kenapa kita diuji?


Pernah rasa, satu masa jiwa kita kosong. Buat apa, serba tak kena. Resah. Susah hati. Apa dibuat tak menjadi. Plan dan baek ni, tapi tak menjadi. Kecewa. Putus asa. Sedih. Semua perasaan ada. Sampai tahap rasa nak stop semuanya. Nak pasrah.




Kita carik macam-macam cara nak kembalikan semula "jiwa" kita tu. Carik buku-buku motivasi, dengar Youtube ceramah motivasi, baca quotes-quotes motivasi, follow orang-orang yang dah berjaya. Tapi, kenapa jiwa kita masih kosong? Kenapa? Di mana silapnya? Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi perlu aku buat? BUNTU.


Saat tu, kembalilah padaNYA. Kembalilah pada Al-Quran. Bacalah Al-Quran setiap hari beserta terjemahannya at least 1 mukasurat setiap hari. Baca terjemahan dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Bukan sepantas baca novel.


Disitulah kita akan temui penawar jiwa yang kosong. InsyaAllah dengan izinNya. Niat yang baik, InsyaAllah akan Allah bantu.

Selamat memulakan minggu baru. Semoga minggu ini baik-baik ajer. InsyaAllah. 
Penawar Jiwa Kosong Penawar Jiwa Kosong Reviewed by Rahayu on November 13, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.