Ragam Nak Join Dropship

Dah lebih kurang 3 tahun Kak Ayu jadi Reseller Dexandra. Dah macam-macam ragam pelanggan, dropshipper, prospek nak beli produk dan prospek nak join bisnes. Ya Allah, memang kalau tak sabar dan memang takder keinginan yang tinggi nak dapat duit dari bisnes ni, dah lama Kak Ayu quit!


Tapi, itulah... bila kita buat bisnes dengan produk yang betul-betul kita suka dan jiwai, dan of course dah merasa hasil yang lumayan, mesti kita akan tetap akan teruskan. Biasa la bisnes ni, ups and down mesti ada. Malah, fasa-fasa struggle memang Kak Ayu lalui sejak bersalin, ada baby dan paling tak menahan bila ramai yang malaun menjual dengan main harga. 



Hari ni, Kak Ayu nak share, sikit tentang ragam orang nak join Dropship. 


Haha, ada yang rasa kelakar, rasa annoying, dan ehhh, dia ni tak baca langsung ke dulu hihi. Biasa la, budaya rakyat Malaysia sekarang ni, memang terlebih rajin membaca.  Padahal info dah bagi sesiap dah. 

Itu kira OK sangat lagi. Ini haaa yang paling tak menahan ialah bila dah beria sangat dah nak join, dah dia bagi gambar salinan ic, gambar selfie dan segala details untuk join bisnes. Kita pun dah bagi la segala info untuk dia join termasuk no akaun bank.


Sekali... senyap sampai ke sudah hahahhaha. Aduiii, membazir data tepon hakak jer dikkkk. Okey, paham, mungkin masa tu masih tunggu gaji, tunggu duit ada, atau masa tu semangat berkobar-kobar nak buat bisnes, tapi... tolonglah beradab sikit. At least, jangan la diam jer lepas tu. Bagila tau sepatah dua kata:


"Sorry sis, saya tak jadi nak join bisnes dengan sis"


Ini tidak... diam terus. Tak tau la kot-kot dah arwah kan. Itu yang senyap selamanya haha.


Well, bukan nak kata peniaga ni hadap sangat awak join bisnes, tapi macam Kak Ayu cakap kat atas tadi la, adab tu biarlah ada walaupun kita hanya berurusan melalui WA sahaja. Satu masa nanti, kalau awak pun berniaga, awak akan rasa apa yang orang awak pernah buat tu rasa. 




Kak Ayu punya style, memang takkan follow up! Biarlah orang nak kata... ehh, rugi tak follow up, ehhh, rugi... ehh, kena follow up, tu database tu, simpan... nanti boleh guna lagi.


Tapi... pada Kak Ayu, kalau untuk follow up orang tanya pasal nak beli produk, is YES, ok untuk follow up. TAPI... kalau untuk orang yang nak join bisnes, Kak Ayu takkan follow up.


Sebab apa?

Sebab kat situ dah boleh nampak dia punya attitude dan kesungguhan, erkk dan jugak adab. Bila nak buat bisnes bersama, kita akan sentiasa berurusan. Tapi, kalau awal-awal dah macam ni, nak kena kita carik dia balik, nak pujuk ke, nak bukak minda ke... memang sorry. 


Kak Ayu takda masa untuk entertain this kind of attitude. Belum apa-apa dah nak jadi diva la vidaloka yer hahhaa. Tu baru nak jadi Dropship tu, belum lagi yang tetiba terus tanya nak jadi stokis hahaa. 


Kalau korang yang tak biasa bisnes atau kenal style Kak Ayu, mesti korang rasa eh ehhh macam bagus jer minah ni, meniaga bertahun-tahun pun tak dapat jadik stokis pun, dah nak kerekkk. Hihihi. Takper, korang tak merasa lagi, sedap la cakap hehe. Kak Ayu dah masakkk sangat dah dengan style orang tanya nak join bisnes ni. 


One more thing, Kak Ayu jenis straight to the point, bukan jenis suka kona-sana, kona-sini sebab nak pikat orang untuk join bisnes dengan Kak Ayu. Memang Kak Ayu akan direct bagi info. The rest, terpulang. Take it or leave it. Orang kalau dia nak... bila dia dah dapat maklumat, jika tak paham lagi dan nak tau lagi, dia akan tanya. Then, biarlah dia decide. 


Kalau dia nak buat bisnes, dia akan usahakan carik modal RM150 tu, kalau taknak, atau dia nak pegi buat dengan orang lain, biarlah. Rezeki kalau dah bukan milik kita, tetap takkan jadi milik kita. Begitulah sebaliknya. Kita takyah nak merayu orang, sebab kita pun ada maruah dan cara kita sendiri. Jangan sampai kita terhegeh-hegeh pada orang jenis tak bersungguh, atau dia cuma survey saja. Tu terpulang kat dia untuk buat keputusan. 


After all, kalau nak ikutkan ragam ni, memang macam-macam kita akan jumpa. Tak kira kita bisnes apa sekali pun, selagi kita berurusan dengan manusia, selagi tu kita akan diuji dengan pelbagai ragam. 


Kepada yang pernah WA Kak Ayu nak join bisnes atau tanya pasal bisnes, terima kasih diucapkan. Cuma next time harap sangat, yang mana tak pasti nak join ke tak, atau yang acah-acah nak join tu, tak perlu nak kasik gambar dan info uols sebelum buat payment. Membazir data i jer tau hahahhaa.



Between, insyaAllah Kak Ayu akan bantu sesiapa saja yang nak belajar bisnes Dexandra. Yang penting, korang ada keinginan untuk betul-betul buat, bukan mengharap disuap, dan sebolehnya cubalah bertanggungjawab dengan bisnes ni. Sebab, siapa buat, dia dapat. Bukan aku jual, tapi agent atau stokis yang dapat. Eh ehh, kalau macam tu baik takyah jadik dropship, jadi jer agent atau stokis terus. ehh, kang jadi stokis, dikatanya pulak HQ dapat sale dari dia. HAHAHHA ada okey orang bermentaliti macam ni. Aduiii, pitam mak uols :P


Okey, done meluahkan apa yang nak share sesambil tunggu baby nap. Ni nak hujan, jangan mak baby pun tumpang baring sama haha. 



Those yang nak tanya pasal dropship Dexandra, jangan segan WA Kak Ayu okey. Tiada paksaan nak join bisnes, cuma bagitau awal-awal. Commitment fees ditetapkan Dexandra HQ ialah RM150. Kalau nak bisnes RM150 pun tak sanggup berkorban, tak dapat hakak nak nolong dikkkk :O


Ayu Rashid | 019 - 989 8341


Ragam Nak Join Dropship Ragam Nak Join Dropship Reviewed by Rahayu on March 21, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.