Cara Nak Jadi Dropship Yang Berjaya?

by - April 12, 2018

TEKS BY: PUAN ERNA DEXANDRA

Soalan ni dari dropship saya yang nak achieved trip ke Europe untuk Insentive Dropship. So sangat bagus. Saya kongsikan pengalaman tentng dropship dahulu.

Perkataan dropship ni dah cukup sinonim, dah biasa sangat kita dengar, dan semakin ramai orang menceburi dunia drosphip. Maka ramai juga yang keluar dari dunia ini sama ada upgrade atau terus downgrade tak nak berniaga. Kerana first mereka kalah dengan MINDSET.

MINDSET ini wujud daripada KEPERCAYAAN, di mana kepercayaan ini wujud sebab mereka nampak bukti ke arah benda yANg mereka percaya.

Contoh selalu nampak dropship tewas di tengah jalan. Mereka jarang nampak orang yang berjaya dari dropship. Jadi bukti-bukti kukuh ini akan menguatkan lagi kepercayaan drosphip itu susah. Betul? Dari kepercayaan ini,  MINDSET yang mereka letak ialah kalau nak berniaga jadi dropship hanya untuk dapat duit sampingan. Kalau ada alhamdulillah, kalau takder takper, takder yang rugi.

Maka.. apa yang mereka kalah adalah kepercayaan dan MINDSET UNTUK GROWING tiada, sedihkan... tapi itu yang terjadi!


Apa yang mereka nampak & mereka percaya?
Ramai giler FOUNDER YANG KAYA-KAYA jarang atau sebenarnyer mereka jarang jumpa founder yang miskin walaupun ada, ramai tak cerita yang ni. Jadi mereka percaya nak kaya jadi founder. So apa mindset yang mereka letak? Kalau nak berjaya BUAT PRODUK SENDIRI, dan akhirnya tak nak cuba bermula dari bawah.


Hakikatnya... kita uji diri kita dari bawah untuk mulakan perniagaan kerana di situ juga saya bermula. Kurang bebanan dan tanggungjawab tapi yang penting dari kecil fokus kita adalah marketing dan sales,  kerana kebanyakkan perniagaan berjaya bermula dari kekuatan sales & marketing, kemudian membina team dari bawah.

Kalo yg dari kecil kita rasa susah. Nak bersaing pun susah, maka macam mana bila perniagaan itu dah semakin besar dan komitment semakin besar? Time tu adakah baru nak belajar semua? Mana nak kejar sales & marketing, mana nak kejar bina & jaga team, mana nak deal dengan supplier dengan pelbagai ragam, mana yang nak kejar due date, management kewangan dan lain-lain yang sebenarnya kapasiti perniagaan perlu dijaga sebaiknya.

Jadi siapa nak berjaya uji dari bawah dan besarkan kapasiti perniagaan dengan belajar ilmu-ilmu perniagaan sedikit demi sedikit. So, siapa kata dropship tak boleh berjaya?

Tukar cara pikir mindset, dan mula upgrade. Nak tahu tak saya ni lambat tau upgrade, saya selesa jadi dropship terlalu lama, kerana saya takut. Alhamdulillah ada suami yang tukar mindset saya. 

“Sampai bila awak nak sibuk ambik order lepas customer order?"
"Kenapa tak sediakan stock?”
“Saya pernah pegang stock banyak tak jalan, so saya tak nak ambik risiko“
“Mana ader perniagaan yang takder risiko. Dulu awak bermula besar awak rasa beban, sekarang ni hari-hari awak ader order, ader customer dan awak dah tahu rentak.. modal lah beli stock, awak dah tahu permintaan banyak mana .. awak dah tahu games nya."


Tercabar dengan kata-kata suami, saya buat keputusan besarkan kapasiti dan mula berani terus membesar, dan akhirnya besarkan mengikut kemampuan saya dan kesungguhan saya.

So, siapa kata dropship seperti saya tak boleh berjaya dan paling best sekali suruh suami berhenti berniaga pasar dan buat perfumes bersama bila dah membesar kerana saya perlukan orang yg berpengalaman dan tahu selok belok perniagaan untuk team Dexandra.

Saya jadi founder selepas hampir 10 tahun sejak saya di bangku universiti berniaga. Cerita pasal kejatuhan 3 tahun berniaga saya jatuh teruk dan saya mula berniaga secara kecil kecilan as dropship.

Cuma apa beza saya menjadi dropship berbanding orang lain waktu tu hanya perniagaan sahaja mampu bayar hutang saya. Kalo kejer saya tak mampu. Tekanan besar dan mindset saya cakap saya wajib berjaya besar jadi jutawan. Saya kaji pesaing saya buat lain dari yang lain dan saya all out giler-giler kejer saya dari pagi sampai petang kadang sampai malam tengokk laptop berniaga online dan tengok sinetron kul 3 heheh... tu jerlah.

Saya yakin jika kita percaya sebelum berjaya kita mesti berjaya. Big mindset big heart. u will make it. Insyaallah. Yang penting mak ayah suami redha dan memberi sokongan sepenuhnya. Allah bantu sedikit demi sedikit insyaallah. 

Kalo nak achived target awal-awal dah kata susah, sorry to say sampai bila alasan susah tu menjadi kebiasaan buat kita utk berkembang 




So sekarang sama-samalah kita all out. Kejer sekarang ni saya jumpa orang sana sini meeting. Lain pulak dah kejer bila dah membesar... polish otak untuk berfikir dan buat keputusan lebih besar. Perjalanan saya masih panjang, tapi kalau awak takut nak kejar jangan berani masuk dunia perniagaan.

You May Also Like

0 Comment

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...