Thursday, August 9, 2018

Freedom Phrases by Almarhum Tunku Abdul Rahman

Dahulu, bila kita nak merdeka, ramai yang meraguinya. Orang putih tertanya-tanya. Orang kita pula terasa takutnya. Tunku Abdul Rahman sendiri, tidak cukup wangnya. Namun, ada beberapa warga bangsa yang tidak putus harapannya. Menyerahkan jam tangan, kerongsang dan gelang tangan mereka. Untuk digadaikan menjadi bekal yang berharga. Itulah dia, harganya Merdeka, suatu ketika dulu. Harganya untuk kita, ialah menjaganya dengan sepenuh jiwa kita. Kerana inilah dia satu-satunya tempat untuk kita!