Salam Maal Hijrah 1441

by - September 01, 2019

"Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan. Hijrah itu persaudaraan. Hijrah membentuk perpaduan"

Sejak dari kecil, kita pasti akan dengar lagu nasyid Maal Hijrah di atas. Saat mendengar lagu itu, ia umpama kita mendapat suntikan semangat yang berbaur dengan perasan hiba apabila mengenangkan perjuangan Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat Baginda di kala mengembangkan syiar Islam.

Mereka berjuang dengan airmata dan darah. Berkorban jiwa dan raga demi Islam dan perpaduan Ummah. Alangkan beruntungnya kita berada dalam nikmat Islam dan Iman, hasil daripada perjuangan dan penghijrahan mereka yang mulia ini.

Semoga kita juga sentiasa berjuang dan berusaha untuk menjadi lebih baik dalam apa jua keadaan sekalipun. Perjuangan hijrah yang terbaik adalah bermula dari niat kerana Allah Taala. Perjuangan yang terbaik ialah apabila kita cuba melakukan yang lebih baik dari semalam.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1441 daripada kami di Dexandra Lover. Semoga tahun ini adalah tahun yang penuh kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan dunia dan sehinggalah akhirat.

SALAM MAAL HIJRAH



Untuk mendapatkan produk-produk Dexandra pada harga istimewa sempena Dexandra Merdeka Sale Aug 19 hingga 19 September, 2019, anda boleh dapatkan maklumat dengan menekan link di bawah:



Atau, boleh terus whatsapp saya:

You May Also Like

0 Comment