Twist & Spray by De'Xandra

by - September 05, 2019

Twist & Spray by De’Xandra mempunyai 5 jenis bauan seperti di bawah:



FOR HER

GLEE
Hanya untuk gadis manis yang ceria, peramah dan mudah didekati! Aroma flora-buah-buahannya dimulakan dengan beri buah, diikuti bunga violet dan melur, dan diakhiri aroma musk putih serta vanila.


CLASS
Formal, elegan namun penuh kesopanan, ini untuk wanita yang bercita-cita tinggi. Aroma sitrus seperti bergamot, orange, dan currant hitam bergabung dengan aroma bunga lili, ros, serta osmanthus untuk wangian yang tersusun rapi.


MODÉ
Hanya untuk si gadis yang berani saja! Wangian yang menarik perhatian dengan aroma manis, woody dan smoky ini, pastinya membuatkan semua hadirin menoleh dia kali.




FOR HIM

RUSH
Untuk jejaka versatil yang sentiasa mengembara, memberikan rasa segar sepanjang hari. Bergamot dan lada memulakan aromanya, diikuti bunga labdanum, lavender, ambroxan dan kayu cedar untuk sisi yang lebih menggoda.

VIBE
Segar, menyenangkan, wangian untuk para lelaki aktif. Dimulakan dengan aroma sitrus diikuti rempah seperti lada, kayu guaiac dan diakhiri aroma kacang tonka yang cukup maskulin.

You May Also Like

0 Comment